Sistem Jalan Antarabangsa dan Pengangkutan Kereta Api: Impak
Alam Sekitar Peringkat Aktiviti.
Pengangkutan jalan mempunyai beberapa kesan terhadap
alam sekitar. Pelepasan asap dari kenderaan menyumbang kepada pencemaran udara
dan perubahan iklim, bunyi bising menyebabkan gangguan dan risiko kesihatan
serta struktur infrastruktur yang memberikan kesan yang serius terhadap
landskap dan ekosistem di sesuatu kawasan. Selain memberikan kesan ke atas alam
sekitar, pengangkutan jalan juga memberikan impak kepada masyarakat.
Setiap tahun beratus-ratus orang terbunuh dan cedera
dalam kemalangan di kawasan yang mempunyai padat penduduk dalam aktiviti mereka
menggunakan pengangkutan jalan.
Di
peringkat serantau, pengangkutan jalan digunakan untuk pergerakan manusia dan
pengagihan barang-barang terutamanya oleh lori-lori kecil dan sederhana ke
sesuatu kawasan atau pun ke perlabuhan. Selain itu, terdapat juga aliran jarak
jauh global antara benua seperti perkapalan maritim yang merupakan mod
pengangkutan yang utama khususnya. Ia boleh disifatkan sebagai rantaian
pengangkutan barang-barang diantara benua dengan rangkaian pengedaran serantau.
Pada pasaran pengangkutan kargo antarabangsa ini, jalan raya dan
pengangkutan kereta api merupakan mod yang paling penting. Bagi kawasan pendalaman
yang sukar untuk dilalui oleh jalan darat, penghantaran menggunakan perkapalan
laut pendek memainkan peranan yang penting untuk beberapa bahagian dunia.
Trend dalam
kemalangan pengangkutan
WHO menganggarkan jumlah kematian jalan raya
sebanyak1.2 juta pada tahun 1999. Penyelidikan selanjutnya menunjukkan bahawa
ini mungkin harga yang terlalu tinggi (Jacobs dan Aeron-Thomas 2000). Mereka
menggarkan bilangan kematian di seluruh dunia sebanyak 750000880000 pada tahun
1999, dan bilangan orang yang tercedera akibat kemalangan jalan raya pada 23
hingga 34 juta setahun.
Amat
sukar untuk membuat ramalan bagi angka-angka yang global. Di Eropah, bilangan
kematian dengan cepat berkurangan (dari kira-kira 71000 pada tahun 1990 kepada
41000 pada tahun 2005). Walau bagaimanapun, di bahagian-bahagian lain dunia
pertumbuhan pengangkutan mungkin melebihi kesan peningkatan kenderaan dan peningkatan keselamtan lalu lintas.
Bilangan mangsa daripada kemalangan
pengangkutan rel adalah jauh lebih kecil daripada jalan. Kesatuan Eropah (EU),
105 orang terbunuh dalamkemalangan kereta api pada tahun 2004, iaitu kira-kira 0.2% daripada
jumlah kematian dalam kemalangan jalan raya.
0 comments:
Post a Comment