Sunday 9 October 2011

Sunday 9 October 2011




PENGENALAN KEPADA GLOBALISASI







Apakah globalisasi?
Istilah "globalisasi" sering digunakan untuk menggambarkan aliran meningkatnya pengetahuan, sumber, barangan dan perkhidmatan dalam kalangan negara-negara. Istilah ini kadangkala ditakrifkan sebagai "pembangunan ekonomi global yang semakin bersepadu terutamanya dari segi perdagangan bebas, aliran bebas modal dan melalui pasaran buruh asing yang lebih murah".Globalisasi juga boleh digambarkan sebagai satu proses yang mana semua manusia di dunia disatukan ke dalam satu masyarakat dan mempunyai fungsi yang bersama.Proses ini merupakan gabungan daripada kuasa-kuasa ekonomi,teknologi, sosio-budaya dan politik. Istilah ini bagaimanapun sering digunakan untuk merujuk dalam erti kata yang sempit dalam globalisasi ekonomi, ia melibatkan integarsi ekonomi negara ke dalam ekonomi antarabangsa.Keadaan ini berlaku melalui perdagangan, pelaburan langsung asing, aliran modal, penghijrahan dan penyebaran teknologi.


OECD (2005) menekankan bahawa terdapat tiga kuasa penting yang telah menyumbang kepada berlakunya proses globalisasi:


1) Liberalisasi pergerakan modal dan penyahkawalseliaan, perkhidmatan kewangan khususnya 


2) Pembukaan pasaran untuk perdagangan dan pelaburan, merangsang pertumbuhan persaingan antarabangsa


3) Peranan penting yang dimainkan oleh teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam ekonomi

2 comments:

ewan said...

barula tau ape tu globalisasi. slama ni ckp je pndai.. hahaha

Legna said...

memang banyak cara untuk kita menilai erti globalisasi dari sudut pandang yang berbeza.

 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates