Wednesday, 26 October 2011

Wednesday, 26 October 2011
GLOBALISASI DAN PENGANGKUTAN ANTARABANGSA


Abad ke-21 menyaksikan peningkatan ekonomi dunia yang berterusan di peringkat antarabangsa. Selain peningkatan ekonomi,budaya dan politik juga merupakan antara sektor yang turut meningkat.
       Dari segi ekonomi, globalisasi membantu dalam memudahkan pembahagian tenaga pekerja yang lebih besar. Dalam jangka panjang, globalisasi juga dikatakan mampu merangsang teknologi dan pemindahan tenaga buruh.
        Peningkatan globalisasi telah membawa kepada peningkatan yang kukuh dalam aktiviti perkapalan antarabangsa.




        Perdagangan dan perkapalan saling berkait rapat, walau bagaimanapun terdapat perselisihan pendapat antara kedua-duanya. Ia berkaitan dengan penggunaan bahan api global. Perbahasan berterusan mengenai anggaran terbaik dalam penggunaan bahan api global. Namun begitu, dianggarkan kapal-kapal perdagangan kini mengambil  kira-kira 2% hingga 3 % dan mungkin juga sebanyak 4% bahan api fosil dunia sebagai sumber kuasa.


         Pengangkutan ydara juga telah memainkan peranan yang penting dalam aktiviti globalisasi. Syarikat -syarikat penerbangan telah mengalami perubahan dari segi permintaan terhadap perkhidmatan mereka. Tuntutan-tuntutan ini adalah disebabkan keinginan pelanggan untuk menikmati kehidupan yang berkualiti tinggi, pergerakan yang pantas dan perkhidmatannya yang memuaskan.





         Aktiviti globalisasi menuntut pergerakan yang lebih pantas. Namun, tuntutan-tuntutan ini adalah berlainan bergantung kepada jenis penumpang dan kargo, destinasi yang berbeza dan jarak yang berbeza.


        Banyak perubahan struktur telah berlaku dalam sektor penerbangan akibat daripada globalisasi. Pasaran udara telah diliberalisasikan, operasi rangkaian syarikat penerbangan telah berubah, lebih banyak syarikat penerbangan baru memasuki pasaran (menawarkan harga tiket yang rendah),dan syarikat-syarikat penerbangan berkos rendah telah keluar dari pasaran serta ada sesetengahnya yang bergabung dengan syarikat-syarikat penerbangan lain. 
             
               Pengangkutan udara Antarabangsa kini merupakan penyumbang utama kepada globalisasi. Kira -kira 40% daripada perdagangan dunia kini bergerak melalui udara. Pengangkutan udara merupakan salah satu alternatif penting bagi pergerakan aliran idea, barang-barang dan orang-orang pada kecekapan skala global. Pengangkutan udara telah memainkan peranan penting pada masa lalu dan bersedia untuk meneruskan peranannya pada masa akan datang.            

0 comments:

 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates