Monday 5 December 2011

Monday 5 December 2011
Penghantaran Maritim Antarabangsa 
:Impak Globalisasi pada  Tahap Aktiviti

Pengangkutan (secara umum) dan perkapalan (secara khusus) merupakan salah satu   perkara yang menggerakkan globalisasi. Industri maritim lebih beberapa dekat sebelum ini dan tempoh masa yang lama, kos penghantarannya adalah lebih rendah. Perancangan penghantaran perlu dibuat dengan betul agar barangan boleh tiba ke destinasi yang telah ditetapkan. Walu bagaimanapun, penghantaran telah mula berubah dari segi teknologi, pendaftaran negara dan sumber tenaga buruh untuk memenuhi tuntutan globalisasi. Pergerakan barang-barang melalui laluan laut dan pantai, jalan air pendalaman, kereta api, jalan raya dan fret udara adalah elemen penting dalam sistem pengangkutan fret global. Ia merupakan rangkaian pengangkutan yang menghubungkan pelbagai lokasi dalam beberapa laluan yang berfungsi sebagai pengganti modal. Contohnya seperti kontena perkapalan di laut pendek, di mana pengirim atau pembekal logistik mempunyai sedikit pilihan untuk menggerakkan fret antara lokasi disebabkan laluan lautnya yang pendek. Walau 
bagaimanapun, pengangkutan maritim antarabangsa biasanya merupakan pelengkap kepada mod pengangkutan yang lain.

Perkapalan antarabangsa menghubungkan jalan raya, kereta api dan jalan air pendalaman melalui laluan laut dan pantai. Pilihan mod terutamnya bagi pergerakan kargo kontena melibatkan pengimbangan bagi memudahkan perdagangan dalam kalangan syarikat-syarikat dan negara-negara global

Faktor bersaing bagi perkapalan antarabangsa melibatkan masa, kos dan kebolehpercayaan penghantaran. Bagi penghantaran kargo yang memerlukan masa penghantaran yang pantas, maka mod penghantaran lebih cepat digunakan dengan jumlah kos penghantaran yang lebih tinggi. Sekiranya penghantaran kargo adalah dalam kuantiti yang banyak yang dituju dalam masa yang telah ditetapkan.


Peranan ekonomi global perkapalan maritime


Pengangkutan maritim adalah penting dan merupakan sebahagian daripada ekonomi global. Ia berfungsi sebagai mengangkut barang-barang dari kilang terminal ke pusat pengedaran melalui jalan air. Pengangkutan marin digunakan sebagai pengganti kepada pengangkutan jalan raya dan kereta api. Ia bergantung kepada kos, masa dan kengkangan infrastruktur. Aktiviti penting pengangkutan marin yang lain termasuk pengangkutan penumpang seperti feri dan kapal persiaran, pertahanan negara seperti kapal laut, menangkap ikan dan perkhidmatan pelayaran. 
         Globalisasi didorong bahawa sumber-sumber dan barang-barang tidak berada bersama atau dekat dengan populasi yang meghendaki barang tersebut. Oleh itu perkhidmatan pengangkutan global diperlukan untuk mengangkut barang yang dikehendaki kepada populasi. Sebagai contoh, sehingga tahun 1950-an minyak mentah telah diangkut ke dalam pasaran di dalam kapal tangki bersaiz kecil, bersaiz antara 12000 hingga 30000 tan untuk memenuhi permintaan. Namun peningkatan permintaan dalam produk-produk yang lain menyebabkan munculnya kapal-kapal tangki yang lebih besar bagi memudahkan penghantaran barang ke pasaran. 
         Satu lagi tred yang berkaitan globalisasi ialah kadar di mana perdagangan berlaku. Globalisasi telah menggalakkan transaksi barang dan perkhidmatan secara "just-in-time". Keadaan ini telah meningkatkan halaju angkutan dimana penghantaran menjadi lebih cepat dan saiz kapal-kapal kontena lebih besar. Di dalam ekonomi global, perkhidmatan kontena menawarkan perkhidmatan merentasi semua mod pengangkutan. Pengangkutan cecair minyak mentah dan bijiran yang belum diproses dapat mengurangkan kos mengangkut seunit barang-barang yang telah siap diproses.
          Peningkatan dalam perkapalan kontena mewakili peningkatan yang ketara dalam pengangkutan global produk siap dan separuh siap dari wilayah dengan buruh mahir yang murah kepada pasaran pengguna. Hakikat bahawa kargo kontena telah mengatasi lain-lain kargo pukal merupakan satu bukti kepada kesan-kesan perdagangan globalisasi yang melibatkan produk pengguna dan buruh antarabangsa



Transformasi Maritim Bertindak Balas Terhadap Globalisasi



Selain daripada faktor migrasi buruh manusia, pergerakan maritim melalui pelayaran pada masa dahulu didorong oleh angin. Namun peredaran masa membawa kepada penggunaan alatan moden iaitu peralihan pelayaran bersumberkan angin kepada pelayaran yang menggunakan pembakaran bahan api. Penukaran ini disebabkan oleh dua pendorong utama untuk inovasi teknologi tenaga, iaitu mengutamakan prestasi yang lebih besar pada kos yang lebih rendah.

Pada masa  dahulu kapaal-kapal ini menggunakan pembakaran arang batu dandang yang menyediakan wap, pertamanya untuk enjin wap salingan dan kemudiannya turbin stim kelajuan tinggi  yang mendorong kipas untuk berputar. Kemudian pengenalan bahan api alternatif yang utama dalam industri minyak petroleum dijadikan sebagai bahan api moden. Teknologi ini membolehkan laluan perdagangan untuk muncul tanpa mengira latitud tanpa angin yang konsisten, menyokong kedua-dua perindustrian antarabangsa dan pengembangan kuasa besar politik moden. Peralihan ini menyebabkan pergerakan kapal-kapal maritim menjadi lebih pantas.




0 comments:

 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates