Thursday, 22 December 2011

Oil Spill

Thursday, 22 December 2011

Video tumpahan minyak dari kapal kargo yang membuat penghantaran barang merentasi lautan ...






1 comments:

NOOR AZIRA said...

Hai...saya nak komen sedikit entri awak kali ini berkaitan realiti di negara kita. Sepertimana yang kita tahu Malaysia dikelilingi oleh laut di mana terdapat pelbagai aktiviti seperti carigali minyak dan pengangkutan air. Justeru itu Malaysia juga adalah terdedah kepada risiko tumpahan minyak yang besar.Perangkaan menunjukkan bahawa lebih dari 165 pelantar minyak telah menjalankan usaha carigali dan aktiviti pengeluaran di perairan Laut Cina Selatan dan Selat Melaka pula adalah laluan perkapalan yang antaranya paling tersibuk di dunia . Dalam tahun 1995 terdapat lebih kurang 30251 buah kapal yang telah melalui Selat Melaka yang mana hampir 30% adalah merupakan kapal-kapal tangki. (Sumber : Perangkaan Jabatan Laut Semenanjung Malaysia )

Kini, laut semakin terancam oleh aktiviti manusia yang ghairah mengejar materialistik tanpa menghiraukan implikasi kepada alam sekitar . Pencemaran di Asia Tenggara adalah berpunca daripada pelbagai faktor . Kepelbagaian faktor ini menyebabkan kualiti dan kuantiti air laut tercemar dengan begitu teruk tanpa ada satu vaksin yang mujarap untuk memulihkannya . Lebih 90% daripada punca pencemaran laut adalah disebabkan oleh aktiviti manusia dan baki 10% adalah berpunca dari sektor perkapalan . (Persatuan Pencinta Alam, Tumpahan Minyak Yang Meracuni Perairan Malaysia, Dewan Kosmik (Mac), DBP, Kuala Lumpur, 1995, m.s.:53-55. Ini disebabkan oleh kerakusan manusia dalam era globalisasi memberi kesan kepada alam sekitar itu sendiri.

 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates