Wednesday 26 October 2011

Wednesday 26 October 2011
KESAN KEPADA ALAM SEKITAR AKIBAT DARIPADA PENINGKATAN PENGANGKUTAN ANTARABANGSA




1) Perkapalan


Perlepasan gas karbon dioksida(CO2) dari perkapalan maritim dianggarkan hampir tiga kali ganda antara tahun 1925 hingga 2002 (Ederesen et al,2007). Kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa pelepasan CO2,NOx dan SO2 oleh kapal-kapal adalah kira-kira 2% hingga 3% dan mungkin 4%, 10% kepada 15%, dan 4% hingga 9% daripada pengeluaran global antropogenik.  
           Bahan pelepasan kapal contohnya daripada NMVOCs, NO2,CO,SO2,zarah utama,logam berat, dan sisa menyebabkan masalah di kawasan pelabuhan dan pantai terutamanya peningkatan yang tinggi bahan pencemar yang berjangka hayat pendek contohnya NO2 di sekitar Laut Utara dan Selat Inggeris. Kajian model cenderung mencari NO2 yang berkepekatan lebih daripada dua kali ganda di sepanjang laluan perkapalan utama dunia. 
          Kenaikan mutlak permukaan ozon yang disebabkan oleh pelepasan asap kapal adalah ketara semasa musim panas. Tahap peningkatan ozon didalam atmosfera juga membimbangkan dengan mengambil kira perubahan iklim dan kesan rumah hijau. 
       Unjuran sehingga tahun 2020 menunjukkan pertumbuhan dalam penggunaan bahan api maritim dan pelepasan bahan api dalam lingkungan 30%. Dijangkakan menjelang 2050, pelepasan CO2 perkapalan maritim boleh menjangkau 2 hingga 3 kali paras semasa.        Oleh hal yang demikian, beberapa langkah telah diambil antaranya menghadkan kandungan sulfur dalam pengambilan bahan api yang dilakukan di Laut Utara dan Selat Inggeris. Ia bertujuan untuk mengurangkan pemendapan sulfat di kawasan-kawasan berhampiran pantai. Antara langkah yang lain ialah menggunakan scrubber dan penapis untuk menangkap pelepasan asap dari ekzos gas dan menggunakan enjin rendah NOx.                                                                                




2) Penerbangan Hub & SpokeSatu sistem pusat dan jalinan adalah salah satu di mana syarikat penerbangan yang menetapkan satu atau beberapa bandar sebagai hab dari mana atau semuapenerbangan berasal / menamatkan. Penumpang yang menaiki penerbangan dari satu bandar hab bukan kepada yang lain biasanya untuk menyambung melalui hub,manakala penumpang yang tinggal di bandar hab mempunyai pelbagai destinasitanpa henti untuk dipilih(SPOKE).
Syarikat-syarikat penerbangan menggunakan "hub and spoke" yang bermaksud lapangan terbang yang dipilih untuk mendarat menerima lebih banyak aktiviti daripada penumpang yang hendak mendarat dan berlepas. Hasilnya ia akan menyebabkan berlaku pencemaran bunyi yang tinggi kesan daripada bunyi kapal terbang mendarat dan juga aktiviti manusia (hub). Penumpang yang dalam perjalanan secara tidak langsung telah membuat lencongan seterusnya meningkatkan jumlah pengeluaran yang berkaitan dengan perjalanan mereka (spoke).
                 Penerbangan menghubungkan daerah untuk ekonomi dunia dan memberikan pelancong peluang untuk meneroka dunia luar. Namun, selagi kos aktiviti sosial terutamanya kepada alam sekitar tidak dilindungi oleh harga tiket, kerosakan alam sekitar yang disebabkan oleh penerbangan akan terus berlaku.






3) Jalan dan rel


            Jalan raya dan kereta api antarabangsa yang menghubungkan antara negara merupakan alternatif jalan pengangkutan yang kurang digunakan namun menyumbang kepada peningkatan yang tinggi kepada pembebasan bahan api yang menyebabkan pencemaran, contohnya seperti gas NOx dan pencemaran bunyi. Walau bagaimanapun, sumbangan pencemaran udara yang disebabkan oleh kenderaan dan kereta api adalah kurang di kebanyakan tempat didunia kecuali tempat-tempat yang mempunyai kadar pertumbuhan yang tinggi. Di mana aktiviti penduduknya banyak bergantung kepada sektor pengangkutan.  

          Sebaliknya, pengeluaran CO2 dari jalan pengangkutan fret antarabangsa menunjukkan semakin meningkat di seluruh dunia dan kira-kira meningkat dua kali ganda sehingga tahun2050,  tidak ada lagi tanda-tanda bahawa trend ini akan dibendung.  Namun beberapa langkah boleh digunakan untuk menggurangkan penggunaan kenderaan seperti mengenakan cukai bahan api yang lebih tinggi, mengurangkan penawaran bahan api untuk kenderaan, dan menggunakan bahan api alternatif yang boleh mengurangkan pencemaran.



GLOBALISASI DAN PENGANGKUTAN ANTARABANGSA


Abad ke-21 menyaksikan peningkatan ekonomi dunia yang berterusan di peringkat antarabangsa. Selain peningkatan ekonomi,budaya dan politik juga merupakan antara sektor yang turut meningkat.
       Dari segi ekonomi, globalisasi membantu dalam memudahkan pembahagian tenaga pekerja yang lebih besar. Dalam jangka panjang, globalisasi juga dikatakan mampu merangsang teknologi dan pemindahan tenaga buruh.
        Peningkatan globalisasi telah membawa kepada peningkatan yang kukuh dalam aktiviti perkapalan antarabangsa.




        Perdagangan dan perkapalan saling berkait rapat, walau bagaimanapun terdapat perselisihan pendapat antara kedua-duanya. Ia berkaitan dengan penggunaan bahan api global. Perbahasan berterusan mengenai anggaran terbaik dalam penggunaan bahan api global. Namun begitu, dianggarkan kapal-kapal perdagangan kini mengambil  kira-kira 2% hingga 3 % dan mungkin juga sebanyak 4% bahan api fosil dunia sebagai sumber kuasa.


         Pengangkutan ydara juga telah memainkan peranan yang penting dalam aktiviti globalisasi. Syarikat -syarikat penerbangan telah mengalami perubahan dari segi permintaan terhadap perkhidmatan mereka. Tuntutan-tuntutan ini adalah disebabkan keinginan pelanggan untuk menikmati kehidupan yang berkualiti tinggi, pergerakan yang pantas dan perkhidmatannya yang memuaskan.





         Aktiviti globalisasi menuntut pergerakan yang lebih pantas. Namun, tuntutan-tuntutan ini adalah berlainan bergantung kepada jenis penumpang dan kargo, destinasi yang berbeza dan jarak yang berbeza.


        Banyak perubahan struktur telah berlaku dalam sektor penerbangan akibat daripada globalisasi. Pasaran udara telah diliberalisasikan, operasi rangkaian syarikat penerbangan telah berubah, lebih banyak syarikat penerbangan baru memasuki pasaran (menawarkan harga tiket yang rendah),dan syarikat-syarikat penerbangan berkos rendah telah keluar dari pasaran serta ada sesetengahnya yang bergabung dengan syarikat-syarikat penerbangan lain. 
             
               Pengangkutan udara Antarabangsa kini merupakan penyumbang utama kepada globalisasi. Kira -kira 40% daripada perdagangan dunia kini bergerak melalui udara. Pengangkutan udara merupakan salah satu alternatif penting bagi pergerakan aliran idea, barang-barang dan orang-orang pada kecekapan skala global. Pengangkutan udara telah memainkan peranan penting pada masa lalu dan bersedia untuk meneruskan peranannya pada masa akan datang.            

Sunday 9 October 2011

Sunday 9 October 2011




PENGENALAN KEPADA GLOBALISASI







Apakah globalisasi?
Istilah "globalisasi" sering digunakan untuk menggambarkan aliran meningkatnya pengetahuan, sumber, barangan dan perkhidmatan dalam kalangan negara-negara. Istilah ini kadangkala ditakrifkan sebagai "pembangunan ekonomi global yang semakin bersepadu terutamanya dari segi perdagangan bebas, aliran bebas modal dan melalui pasaran buruh asing yang lebih murah".Globalisasi juga boleh digambarkan sebagai satu proses yang mana semua manusia di dunia disatukan ke dalam satu masyarakat dan mempunyai fungsi yang bersama.Proses ini merupakan gabungan daripada kuasa-kuasa ekonomi,teknologi, sosio-budaya dan politik. Istilah ini bagaimanapun sering digunakan untuk merujuk dalam erti kata yang sempit dalam globalisasi ekonomi, ia melibatkan integarsi ekonomi negara ke dalam ekonomi antarabangsa.Keadaan ini berlaku melalui perdagangan, pelaburan langsung asing, aliran modal, penghijrahan dan penyebaran teknologi.


OECD (2005) menekankan bahawa terdapat tiga kuasa penting yang telah menyumbang kepada berlakunya proses globalisasi:


1) Liberalisasi pergerakan modal dan penyahkawalseliaan, perkhidmatan kewangan khususnya 


2) Pembukaan pasaran untuk perdagangan dan pelaburan, merangsang pertumbuhan persaingan antarabangsa


3) Peranan penting yang dimainkan oleh teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam ekonomi

SECARA RINGKAS MENGENAI :
OECD (ORGANISATION FOR ECONOMIC CO- OPERATION AND DEVELOPMENT)




1) OECD merupakan satu forum yang melibatkan kerajaan di 30 buah negara demokrasi. Kerajaan ini  bekerjasama untuk menangani cabaran ekonomi, sosial dan persekitaran globalisasi. OECD juga bertindak memahami dan membantu kerajaan untuk bertindak balas terhadap perkembangan baru seperti tadbir urus korporat, ekonomi maklumat dan suatu cabaran penuaan penduduk (challenges of an ageing population).


2) Pertubuhan ini menyediakan persekitaran di mana kerajaan boleh membandingkan dasar pengalaman, mencari jawapan kepada masalah bersama, mengenal pasti amalan yang baik dan bekerja untuk menyelaraskan dasar-dasar domestik dan antarabangsa.

3)Negara-negara anggota OECD adalah seperti Australia, Auatria, Belgium, Kanada, Republik Czech, Denmark, Finland, Perancis, Jerman, Greece, Hungary, Iceland, Ireland, Itali, Jepun, Korea, Luxembourg, Maxico, Belanda, New Zealand, Norway, Poland, Portugal, Republik Slovak, Sepanyol, Sweden, Switzland, Turki, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Suruhanjaya Komunity Eropah mengambil bahagian dalam kerja-kerja OECD. OECD Penerbitan menyebarkan secara meluas hasil pengumpulan statistik Pertubuhan dan penyelidikan mengenai isu-isu ekonomi, sosial dan alam sekitar serta konvensyen, garis panduan dan standard yang dipersetujui oleh ahli-ahlinya.



Tajuk buku yang menjadi rujukan saya dalam penulisan Blog ini...



Tajuk : Globalisation, Transport and the Environment


Publisher : OECD Publishing


Edited : Nils Axel Braathen

PERKARA YANG DIBINCANGKAN DALAM BUKU INI      1) Melihat secara terperinci bagaimana globalisasi telah memberi kesan terhadap aktiviti perkapalan maritim, penerbangan, jalan raya, kereta api kargo, dan menilai kesan perubahan terhadap alam sekitar.                                                         2) Membincangkan instrumen dasar yang boleh digunakan untuk menangani kesan negatif yang berlaku kepada alam sekitar, kedua-duanya dari perspektif ekonomi dan dari sudut pandang undang-undang antarabangsa.Buku ini menganalisis isu-isu yang berkaitan kesan globalisasi ke atas pengangkutan dan kesan kepada persekitaran secara terperinci. Ia adalah berdasarkan kepada satu siri kertas yang disediakan untuk OECD/ITF Forum Global mengenai Pengangkutan dan Alam Sekitar di Globalising World yang diadakan di Guadalajara, Maxico pada 10 hingga 12 November 2008. 
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates